Monday, 5 May 2014

Kencing Manis Semasa Mengandung 'Gestational Diabetes' 
Kencing manis semasa mengandung terjadi apabila kandungan gula dalam darah tinggi.Jika terjadi Semasa anda mengandung ini tidak bagus untuk bayi anda.
'Gestational Diabetes' adalah gejala kencing manis yang terjadi semasa anda mengandung sahaja. Ia akan hilang sebaik anda melahirkan tetapi mempunyai risiko anda akan mengidap kencing manis tahap 2 dikemudian hari. 
Jika anda memang mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda kena monitor dan kawal kandungan gula dalam darah anda semasa mengandung supaya mengelak komplikasi semasa bersalin nanti dan juga untuk menjamin kesihatan bayi anda. 
'Gestational Diabetes' ini dirawat dengan mengawal kandungan gula dalam darah dengan mengikuti diet dari Pakar Pemakanan yang disyorkan oleh klinik kesihatan berdekatan dengan anda. Ada sesetengah wanita yang perlukan insulin tambahan atau diabetes pill untuk mengawal kadar gula dalam darah mereka. 
Adalah penting untuk meguji kadar gula dalam darah selalu untuk mengelak diabetes tahap 2 selepas bersalin.
Apakah itu Diabetes ?
Diabetes itu terjadi apabila badan anda mempunyai masalah dengan insulin. Insulin ialah hormon dimana ia menukar gula dalam darah kepada tenaga. 
Bila anda terkena diabetes bermakna badan anda tidak mempunyai cukup insulin atau tidak menggunakan insulin yang secukupnya. Kadar Gula akan menjadi tinggi dalam darah kerana badan anda tidak mendapat tenaga dari gula dengan pertolongan dari hormon insulin ini, menyebabkan kadar gula dalam darah tinggi.
Terdapat 2 jenis diabetes :
* Diabetes jenis 1 - Jika anda mendapat diabetes semasa kanak-kanak atau semasa remaja. Kaedah rawatan selalunya adalah dicucuk dengan insulin.
* Diabetes jenis 2 - Jika anda mendapat diabetes semasa dewasa. Kaedah rawatan dengan diet pemakanan atau mungkin juga dengan pill diabetes atau dicucuk dengan insulin.
* Gestational diabetes -  Jika anda mengidap diabetes semasa mengandung, ia akan hilang selepas bersalin.
Kesan-kesannya
Apabila gula dalam darah tinggi semasa mengandung - bayi akan menjadi besar. Ini kerap terjadi jika anda mengidap Gestational diabetes , ia dipanggil macrosomia. jika bayi and terlalu besar ia akan menyukarkan proses kelahiran. Semasa kelahiran bayi anda mungkin juga akan mengalami masalah penafasan atau kadar gula yang rendah. Jika anda mengidap Gestational diabetes anda boleh melahirkan bayi yang sihat jika anda mengawal kadar gula dalam darah anda untuk mengelak masalah. 
Anda dapat mengelak daripada kadar gula yang tinggi semasa mengandung dengan supplement Shaklee


Vitalea - Membantu hasil lebih banyak insulin dan juga mengawal HB rendah semasa mengandung
B-Complex - Membekal Vit -B untuk pembentukan saraf tunjang dan juga mengurangkan stress semasa mengandung dan selepas bersalin
Vita-C - Membantu pertahankan anti oksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gusi, tulang otot dan salur darah,mencantikkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka.  
Ostematrix - Membekalkan magnesium untuk pesakit kencing manis dan kalsium untuk sokong pembentukan tulang dan gigi dan mengelakkan osteoporosis dan kekejangan otot juga melancarkan pembuangan najis. 

   

No comments:

Post a Comment